Orang lain yang terkesan akibatnya.
Orang lain yang akan selesaikannya.
Orang lain akan tanggung padahnya.
Perubahan iklim sentiasa menjadi masalah orang lain. Sehinggalah ia menimpa diri sendiri.
1/7
Di satu bahagian benua Artik, pencairan ais kerana cuaca panas punca tanah jadi tidak stabil. Sekaligus sukarkan pembinaan rumah dan jalan-jalan - sebab itu komuniti ini semakin mundur dari semua bandar dan pekan. Cuaca panas juga punca rusa dan ikan berjauhan, menyekat sumber pendapatan dan rezeki penting mereka.
2/7
Penduduk di sini adalah pelarian perubahan iklim pertama yang direkodkan di Nepal. Berasal dari Lembah Ghayui, masyarakat pengembala Yak ini telah berpindah sebanyak dua kali untuk kelangsungan hidup dalam beberapa tahun ini. Altitud tinggi di kawasan Nepal turut merasa kesan terburuk sejak beberapa tahun lalu; Kurangnya salji bermakna kurangnya bekalan air, dan padang rumput mereka juga semakin kering. Dahulunya, tanahnya hijau, Namun kini yang tinggal hanyalah rumah-rumah kosong ditinggalkan komuniti yang terpaksa meneruskan kehidupan.
3/7
Puak kebanggaan ini membina rumah mereka di hujung perairan pantai kecil Nukutoa sedang melihat rumah mereka tenggelam akibat kenaikan paras laut setiap tahun. Budaya unik ini perlahan-lahan tenggelam akibat kekurangan sumber dan pencerobohan air. Walaupun segelintir dari mereka berazam mahu kekalkan cara hidup budaya sendiri, mereka juga sedar realiti sedih di mana mereka akan kehilangan pantai dalam masa terdekat.
4/7
Puak terkecil di Afrika ini, percaya Air Tasik Turkana (tasik gurun kekal terbesar dunia) diberkati, malah akan makan apa saja yang datang dari tasik itu. Ini bermakna ikan di tasik itu adalah sumber utama makanan dan pendapatan. Tetapi tasik ini semakin mengecil. Peralihan corak hujan punca kemarau-kemarau di rantau ini. Hari ini, mereka dipaksa pergi jauh ke dalam dasar tasik demi menangkap ikan yang populasinya semakin kurang - Tapi sampai bila lagi sebelum tasik itu kering?
5/7
Puak ini amalkan patriotisme tradisional kini sedang lihat ternakan mereka mati dengan pantas, terima kasih pada kemarau-kemarau yang melanda. Golongan muda kini terpaksa mencari cara baru untuk kelangsungan hidup tanpa memiliki lembu, kerana ternakannya tidak mampu diteruskan. Warga tua mula takut kejadian ini bakal hapuskan budaya mereka. Dengan semua faktor mainkan peranan, mereka akan berhadapan dengan ancaman kepupusan sebenar.
6/7
Kalendar asli puak Maldives dikenali sebagai Nakaiy, menetapkan musim dan petakan bintang. Sejak beribu tahun lalu, ia telah tentukan waktu untuk menanam tanaman, memancing, membina rumah sehinggalah ke perkahwinan. Namun kerana perubahan cuaca ekstrem dalam beberapa tahun ini punca penggunaan kalendar terjejas - Menandakan kehilangan identiti dan adat mereka.
7/7
Sejak berabad lamanya, Struktur hidup Sami bergantung pada musim, tetapi setelah musim semakin sukar diramal, pengetahuan tradisional mereka terhadap alam sekitar menjadi tidak relevan. Cuaca ekstrem adalah keadaan biasa mereka. Air yang berterusan panas punca makanan untuk rusa berkurangan, dan bilangannya makin berkurangan setiap tahun. Untuk pengembalaan rusa Sami, ini mengakibatkan kerugian wang yang besar. Lebih penting lagi, kadar bunuh diri semakin meningkat dalam kalangan golongan muda, yang terpaksa terima hakikat bahawa mereka adalah bangsa terakhir yang sedang berdepan kepupusan.
Tak lama lagi, Kita semua akan hidup dalam kepanasan.
1/3
2/3
3/3
Dr. Alberto Gomes
Ahli Antropologi and Pengarah Global DEEP Network
Eddin Khoo
Founder and assistant director of PUSAKA
Langkah terbesar yang anda boleh ubah adalah pilihan harian anda.
Klik melalui kolum di bawah untuk pelajari perubahan anda boleh mulakan hari ini.
Now that you know what you can do about climate change, turn it into a lifestyle and set an online reminder.
And don’t be shy – share this website with your friends so more people get the word.